Idea penghasilan buku ini tercetus semasa saya mengambil subjek Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup & Kaedah Mengajar Sains Pertanian sewaktu belajar di peringkat Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) di UPM dahulu. Pada ketika itu, sukar untuk saya mencari sebuah buku khas yang memuatkan panduan langkah-langkah demi langkah untuk mengajar khususnya di sekolah. Terutamanya buku terkini yang berbahasa Melayu. Yang ada hanyalah buku-buku Pedagogi tulisan Mok Soon Sang. Banyak manfaat yang saya peroleh daripada buku-bukunya. Terima kasih banyak-banyak!
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kini idea yang pernah saya cetuskan dahulu kini menjadi kenyataan. Diharapkan sedikit usaha ini dapat menambahkan lagi khazanah ilmu berbahasa Melayu dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Semoga usaha ini dikira oleh Allah sebagai zakat dan tasbih kepadaNya.
Mungkin anda tertanya-tanya, siapa yang patut baca buku ini?
Jawapan saya mudah sahaja, SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI ASAS ILMU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) KHUSUSNYA ;
- Guru-guru, pengajar-pengajar dan pensyarah-pensyarah.
- Pelajar bidang Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
- Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
- Guru-guru pelatih.
- Guru-guru yang baru berkhidmat (Guru Sandaran Terlatih).
- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
- Guru Kontrak.
- Guru Ganti.
- Bakal pelajar bidang Pendidikan.
- Bakal Guru.
Jika demikian, tunggu apa lagi? Dapatkan segera MUDAHNYA MENGAJAR! dengan harga RM10 sahaja termasuk kos pos. Memang berbaloi! Tempahan boleh di buat melalui penulis dengan menghubungi 013-9619421 atau Alaf 21 Sdn. Bhd. 03-55118821/20.
8 comments:
payah nak dpt buku cikgu nie.. kat kuantan x derk ke??
Emm..buku ni mmg pyah sebab masih dlm proses edaran oleh pnerbit.InsyaAllah tak lama lagi adalah.Kalau buku-buku yang lain, InsyaAllah ada.Tak pun beli terus dari saya.Ni siapa? Kenal saya ke?
Salam..syukur alhamadulillah. Teruskan usaha yang tak pernah jemu. Kami semua hanya mampu menyokong dan terus menyokong..Hati kamu gembira..hati kami jauh lebih gembira...
A.di
tahniah abg razali ! teruskan menulis! ^__^
tahniah diats kejayaan menghasilkan buku yang bermanfaat kepada semua..usaha yang baik dan murni ini diharap dapat di teruskan..insyaallah saya akan memberikan sokongan, beli 1 tanda sokongan.tahniah..
ckgu.sy terlupa untuk membeli bku ckgu.
maafkan sy...
Pagi! ESQ165...
www.rose165.com
ckgu. sy terlupa nk bli bku ckgu.
maafkan sy...
Pagi! ESQ165...
www.rose165.com
assalamualaikum cikgu razali,well done ar dah byk buku cikgu buat,hope buku cikgu tip top,dabom ha3....dah ready ker jd ketua warden next year?nnti nk kjut subuh bdk2 neh gne air sjuk biar pdn mke dorg ha3,cikgu gengster skit taun dpn yer ha3,k ar cikgu ahd neh sy plkn,kim slm kt bdk2 junior sy cikgu eh especially bdk dorm rehan.k dr wan kelawar dorang knlnyer
Post a Comment