Saturday, April 4, 2009

Inilah Buah Tangan Untuk Anda! Jom... Baca!



Salam Cemerlang Belajar adik-adik,
Hai... adik-adik! Macam mana dengan pelajaran adik-adik setakat ini? Mahukah adik-adik mendapat 5A dalam UPSR? atau 8A dalam PMR? atau semua A dalam SPM? atau apa jua peperiksaan yang adik-adik ambil?. Abang yakin, sudah pasti adik-adik mahu. Bayangkan, pada hari pengumuman keputusan UPSR, PMR, SPM atau STPM nanti, ramai guru dan rakan-rakan mengucapkan Syabas & Tahniah atas kejayaan adik-adik mendapat semua A. Apakah perasaan adik-adik pada waktu itu? Tentu gembira bukan? Mungkin juga pada waktu itu ibu bapa adik-adik turut mengalirkan air mata atas kejayaan adik-adik. Kalau macam tu, janganlah malas-malas belajar!.


Tahukah adik-adik, pelajar cemerlang yang mendapat semua A mempraktiskan teknik belajar berkesan. Ingat adik-adik! belajar bukan setakat membaca sahaja. Malah, banyak lagi teknik-teknik belajar yang perlu adik-adik amalkan. Untuk itu, adik-adik boleh dapatkan lebih lagi tip-tip belajar berkesan serta rahsia-rahsia yang menjadi amalan pelajar cemerlang menerusi buku Syoknya Belajar! dan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali. Tidak mustahil satu hari nanti, adik-adik mungkin bergelar “Pelajar Cemerlang Sekolah”. Mungkin juga pelajar cemerlang peringkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan.

1 comment:

Mohd Razali Kamarudin said...

Sebarang persoalan bolehlah diajukan di sini

Kita Memang Dilahirkan Untuk Berjaya!

Apa yang orang perkatakan, dari dulu sampai sekarang ??? Dari dulu sampai sekarang, orang asyik bercakap tentang kejayaan dan kecemerlangan. Apa yang berjaya? Apa yang cemerlang? Apa lagi kalau bukan tentang budak-budak belajar !!! Belajar apa? Alaaah... budak-budak sekolah yang ambil periksa UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM tuuu. Begitu juga dengan budak-budak matrikulasi, universiti dan IPT yang sama waktu dengannya. Semuanya nak berjaya dengan cemerlang. Tak de nye yang nak gagal. Kalau budak sekolah, nak dapat semua A.

Kalau budak IPT pulak, nak dapat CGPA 4.000. Bukankah Allah lahirkan kita sebagai orang yang berjaya? Kita kan umat yang terbaik. Khalifah muka bumi ini.Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, saya juga pernah merasai nikmat berjaya dan cemerlang dalam pelajaran khususnya sewaktu belajar di IPT dulu. Dapaaatlah juga Anugerah Kepujian Dekan. Orang putih kata “dean list”. Itulah hadiah yang dapat saya berikan buat ibu bapa dan keluarga saya yang telah bersusah payah dan berkorban untuk menyekolahkan saya. Ibu bapa dan keluarga bukan mengharapkan wang ringgit dan harta benda semata-mata sebagai balasan.

Cukuplah gembirakan mereka dengan menghadiahkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mungkin tatkala itu, ibu bapa anda akan menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaan anda itu.Bak kata budak-budak muda zaman sekarang, “tak guna cakap banyak, buang current je. Straight to the point lagi bagus”. Dok gitu? Kata orang negeri jiran saya. Baiklah, kalau anda yang membaca brosur ni nak berjaya, nak cemerlang, InsyaAllah dengan izin Allah saya boleh bantu anda.

Tapi, dengan syarat anda MAHU atau NAK BERJAYA! Kalau benda ni tak de dalam diri atau minda anda, batalkan saja hasrat anda tuuu. He..he..he.. Bukan marah, tapi nasihat (kata cerita P.Ramlee).Nak tahu kenapa saya kata begitu? Apabila anda kata “SAYA MAHU BERJAYA”, maka segala apa yang anda fikirkan dan tindakan yang dilakukan menjurus kepada KEJAYAAN tersebut. Betul tak? Contohnya, anda mahukan kereta BMW 5 Series, maka fikiran dan tindakan anda akan fokuskan kepada langkah-langkah untuk dapatkan kereta tersebut. Begitu juga dengan pelajaran anda. Anda MAHU 8A dalam PMR, maka anda akan berusaha sehingga 8A menjadi kenyataan. Berbeza pula, apabila anda kata, “1A pun sudah cukup”. Maka usaha anda sambil lewa sahaja.

Oklah saya rasa cukuplah tu... Ikuti sambungannya dalam SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI. Eh.. Eh.., apa citer pulak tiba-tiba keluar SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI pulak? Hah... Ni nak habaq mai (dialek utara), kan tadi check (saya) kato nak tolong hang (awak)!? Jadi, check dah kumpulkan semuo teknik, rahsia, resipi dan petua yang telah diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang (Malaysian Top Student) dalam satu buku. Hang tuk sah nak gaduh-gaduh cari lagi.

Dapatkan buku ni, baca, faham dan amalkannya je. Tak faham, tanya check. Tapi, check raso mudah faham sebab check dah tulis dalam bahasa yang mudah difahami. Mana taknya, dalam Bahasa Malaysia bukannya bahasa orang putih. SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI ni lah tajuk buku check.Berapa harganya? Jangan bimbang, walaupun harga minyak naik, anda masih mampu dapatkan buku yang setebal 256 muka surat seberat 250 gram dengan hanya RM10 (termasuk kos pos). Mahal? Aik.. top up telefon boleh beli, tak kan buku yang dapat membantu anda berjaya tak leh beli kuuut? Luu... fikirlah sendiri !!! (kata Nabil Raja Lawak).