Tuesday, March 16, 2010

BERSUA KEMBALI

DIMULAI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sudah 2, 3 purnama saya tidak update blog ni. Terima kasihlah kepada rakan-rakan yang berkesudian mengunjungi blog ini dan bertanya khabar melalui SMS & juga Facebook. Dengan izin Allah, saya Alhamdulillah luar biasa hebat untuk meneruskan kehidupan yang Allah pinjamkan ini. Salam Aura Kedamaian dan Kemakmuran! Sejak diamanahkan tugas sebagai Ketua Panitia Pengeluaran Ternakan & juga Ketua Warden Asrama, banyak perkara utama yang perlu diutamakan mengikut keutamaan. Hmm.. lantaran semuanya utama dan penting.


INSPIRASI KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENGELUARAN TERNAKAN
Pengeluaran Ternakan satu mata pelajaran yang berbeza berbanding mata pelajaran-mata pelajaran akademik yang lain. Ianya bukan sekadar pendedahan teori. Malah pendedahan kemahiran dan pengalaman kepada para pelajar. Tambahan pula ia melibatkan benda-benda hidup. Inspirasi saya, hendak menjadikan Unit Pengeluaran Ternakan sekolah ini sebagai medan untuk pelajar-pelajar menimba ilmu dan pengalaman asas dalam bidang Penternakan khususnya Penternakan Ayam, Itik, Burung Puyuh, Ikan Air Tawar, Lembu, Kerbau, Kambing, Rusa dan Burung Unta. Disamping melatih pelajar-pelajar menjadi usahawan dan menjana pendapatan melalui Kelab Usahawanternak. Dalam masa yang saya, mata pelajaran Pengeluaran Ternakan mampu mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.


INSPIRASI KETUA WARDEN ASRAMA

Amanah kedua yang agak berat untuk dipikul ialah sebagai Ketua Warden Asrama.Cabaran dan dugaan menanti dari pelbagai sudut dalam usaha untuk mendidik pelajar-pelajar remaja berusia 16 & 17 tahun ini. Berbekalkan pengalaman 2 tahun sebagai warden biasa, dengan izin Allah setakat ini mampu lagi saya menangani kerenah mereka. Bak kata pepatah, 'tarik rambut dalam tepung, jangan sampai tepung berserak'. Inspirasi saya ialah untuk melahirkan penghuni asrama yang berketerampilan dan bersahsiah mulia melalui penerapan elemen kerohanian dalam kehidupan seharian. Penekanan utama diberikan kepada pengukuhan solat.


INSPIRASI SEBAGAI PENULIS

Dengan izin Allah, setakat ini saya telah menulis 5 buah buku dalam genre Pengajaran & Pembelajaran (P&P). 3 buah telah berada di pasaran, InsyaAllah sebuah lagi pada bulan ini dan sebuah lagi dalam masa terdekat ini. Inspirasi saya untuk menulis sekurang-kurangnya sebuah buku dalam setahun. InsyaAllah, sekarang saya sedang menulis beberapa buah buku untuk diterbitkan pada tahun 2011. Juga sebuah buku ternakan bersama dengan seorang usahawanternak.




PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010 (PBAKL 2010)

ASSALAMUALAIKUM WBT
InsyaAllah temui saya di Both Kumpulan Utusan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada 27 Mac 2010 jam 3.00 - 4.30 petang. Jangan lupa dapatkan buku, CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI.

Saturday, January 16, 2010

Setelah 2 Minggu Sesi Persekolahan 2010

Begitu pantas masa berlalu.. sudah 2 minggu sesi persekolahan 2010 berlalu. Seperti biasalah, pada awal sesi persekolahan ni, guru-guru sibuk dengan tugas masing-masing. Hmm.. tidak kurang juga dengan saya. Tak menang tangan! Dua tugas besar yang perlu saya pikul pada tahun ini. Sebagai Ketua Panitia Pengeluaran Ternakan & Ketua Warden.

Nampaknya, saya perlu lebih bijak membahagikan masa antara tugas & penulisan. Maklumlah, tugas sebagai warden ni 24 jam bersedia berkhidmat kepada pelajar. Selagi mana pelajar ada di asrama, selagi itulah kita perlu bersedia. Bak kata orang, macam 'on call' lah. Tambah-tambah jadi Ketua Warden. Tingkah laku budak-budak sukar dijangka. Hanya yang pernah menjadi warden sahaja, memahami apa yang saya maksudkan ini.





Saturday, January 2, 2010

Sesi Persekolahan 2010 Kini Bermula

Nampaknya, bahang sesi persekolahan 2010 kini semakin dirasai terutamanya oleh ibu bapa, pelajar-pelajar dan juga guru-guru. Maklumlah, hampir sebulan setengah bercuti sakan. Hemmm.. berbeza dengan saya yang hanya dapat bercuti beberapa hari sahaja. Tidak mengapa! Sebagai Pendidik, saya tidak mempersoal pun hal ini lantaran saya telah berikrar untuk "Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa & Negara"
InsyaAllah!

Ini kerana saya & beberapa rakan sejawat yang lain bertugas sebagai warden asrama sehinggalah calon SPM 2010 menghabiskan kertas terakhirnya pada 16 Dis. 2009. Pada 18 Dis. 2009, sempatlah saya pulang ke kampong di Setiu, Terengganu selama 10. Alhamdulillah! Kemudian, pada 28 Dis. 2009 kembali ke sekolah untuk membuat persiapan menjelangnya sesi persekolahan 2010.

Tugas besar yang diamanahkan kepada saya pada tahun 2010 ini ialah sebagai Ketua Panitia Pengeluaran Ternakan dan mengetuai Jemaah Warden (Ketua Warden) asrama sekolah ini. Sudah pasti menjanjikan 1001 cabaran yang sukar untuk dijangkakan. Hanya Allah sebaik-baik tempat untuk bergantung harap dan juga kerjasama daripada rakan-rakan warden yang lain.


Kepada semua pelajar & guru-guru di Malaysia, saya mengucapkan selamat peneruskan perjuangan demi mendidik anak bangsa. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita selagi mana kita melakukan hanyalah semata-mata keranaNya.

Monday, November 30, 2009

"MUDAHNYA MENGAJAR!" KINI DI PASARAN !!! DAPATKAN SEGERA !!!

Dimulai "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".
Assalamualaikum WBT...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya buku ketiga saya, MUDAHNYA MENGAJAR! dapat diterbitkan.

Jutaan terima kasih dirakamkan buat editor buku ini, Kak Rubiah Aksah dan sahabat-sahabat di Alaf 21 atas kerjasama yang diberikan. Begitu juga buat ahli keluarga saya, sanak saudara, rakan-rakan seperjuangan dalam bidang Pendidikan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini yang sentiasa menyokong perjuangan saya ini.

Idea penghasilan buku ini tercetus semasa saya mengambil subjek Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup & Kaedah Mengajar Sains Pertanian sewaktu belajar di peringkat Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) di UPM dahulu. Pada ketika itu, sukar untuk saya mencari sebuah buku khas yang memuatkan panduan langkah-langkah demi langkah untuk mengajar khususnya di sekolah. Terutamanya buku terkini yang berbahasa Melayu. Yang ada hanyalah buku-buku Pedagogi tulisan Mok Soon Sang. Banyak manfaat yang saya peroleh daripada buku-bukunya. Terima kasih banyak-banyak!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kini idea yang pernah saya cetuskan dahulu kini menjadi kenyataan. Diharapkan sedikit usaha ini dapat menambahkan lagi khazanah ilmu berbahasa Melayu dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Semoga usaha ini dikira oleh Allah sebagai zakat dan tasbih kepadaNya.

Mungkin anda tertanya-tanya, siapa yang patut baca buku ini?
Jawapan saya mudah sahaja, SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI ASAS ILMU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) KHUSUSNYA ;
- Guru-guru, pengajar-pengajar dan pensyarah-pensyarah.
- Pelajar bidang Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
- Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
- Guru-guru pelatih.
- Guru-guru yang baru berkhidmat (Guru Sandaran Terlatih).
- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
- Guru Kontrak.
- Guru Ganti.
- Bakal pelajar bidang Pendidikan.
- Bakal Guru.

Jika demikian, tunggu apa lagi? Dapatkan segera MUDAHNYA MENGAJAR! dengan harga RM10 sahaja termasuk kos pos. Memang berbaloi! Tempahan boleh di buat melalui penulis dengan menghubungi 013-9619421 atau Alaf 21 Sdn. Bhd. 03-55118821/20.

Sunday, November 29, 2009

Dapatkan Segera !!!


Buku Ke 6 Saya, InsyaAllah Berkonsepkan Penternakan Satu Hobi Di Rumah

Dimulai "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum Warah Matullahi Wabaratuh...
Dengan izin Allah SWT, kita masih lagi dapat bersua di blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni. Alhamdulillah juga, setakat ini Allah SWT telah mengizinkan saya untuk menulis lima buku (2 masih dalam proses editing) yang berkaitan dengan Pengajaran & Pembelajaran (P&P).

Kini tibalah masanya untuk saya menulis pula buku yang berkaitan dengan bidang pengajaran saya pula iaitu "Penternakan". Untuk makluman sahabat & sahabiah sekalian, di sekolah, saya mengajar mata pelajaran Pengeluaran Ternakan (salah satu mata pelajaran Vokasional Pertanian). Antara kandungan mata pelajaran ini ialah Penternakan Ayam/Itik, Ikan Air Tawar/Udang Galah, Rumput Ternak & Kekacang, Lembu/Kerbau dan Kambing/Biri-biri.
Sebagai tambahan, sekolah saya juga turut menternak Rusa, Burung Unta dan Burung Puyuh. Saya selalu bertanya diri saya, "Kenapa saya tak kongsikan input dan pengalaman yang saya peroleh dengan orang lain melalui buku?". Khususnya Penternakan Burung Puyuh yang hanya boleh dilakukan di sekitar rumah. Dalam kata lain, ternakan sebagai satu hobi.
Untuk tujuan ini, InsyaAllah kini saya sedang giat mengumpulkan material untuk buku ke 6 saya ini. Sekiranya anda yang membaca buku ini berpengalaman dalam menternak puyuh atau mempunyai input yang berkaitan dengannya, sudi-sudilah email kepada saya di alamat email ; razaliesq165@yahoo.com . Didoakan semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini dan hasilnya dapat dimanfaatkan oleh semua.

Friday, November 27, 2009

Lagi Tentang Buku Kedua Saya.. Tersenarai Di National Library Board (NLB) Singapore

Dimulai "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang" ..Assalamualaikum WBT...
Bersua kembali! Kali ini saya nak kongsikan satu perkara tentang buku kedua saya, CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI. Macam ni, sehari sebelum Hari Raya Ei'duladha yang lalu sambil-sambil melayari internet, saya taipkan CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI pada GOOGLE SEARCH, salah satu hasil carian menunjukkan bahawa buku ini tersenarai di National Library Board (NLB) Singapore.

Memang terkejut! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Bukannya apa, terujalah melihatkan buku tulisan sendiri dalam Bahasa Melayu pulak tu tersenarai di NLB. Tambahan pula saya ni penulis baru. Didoakan semoga khazanah ilmu yang dicetuskan ini dapat dimanfaatkan oleh semua khususnya di Malaysia dan seluruh dunia amnya. Bukanlah royalti yang menjadi sandaran. Mudah-mudahan inilah dikira oleh Allah sebagai zakat dan tasbih saya kepadaNya.

Salam Kehebatan dari
Cikgu Mohd Razali Kamarudin
Penulis Buku, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali

Wednesday, November 25, 2009

Buku Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali! Mendapat Liputi Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1


Selamat bersua kembali. Didoakan semoga kalian yang membaca blog saya ni disirami Nur Ilahi.

Sewaktu saya menulis blog ni (26 Nov. 2009), saya baru je balik ke kampung saya di Kg. Tayor Tengah, Sg. Tong, Setiu, Terengganu untuk merayakan Hari Raya E'iduladha. Emm...walaupun sekarang ni time cuti sekolah, saya tetap berada di sekolah sehinggalah 16 Dis. 2009 kerana melaksanakan tugas sebagai warden asrama.

Oh ya, satu perkara yang saya nak kongsikan dengan kalian ialah tentang buku kedua saya, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali! Alah.. yang warna kuning tuuu, ada ilustrasi gambar saya tuuu.. Nak tahu ceritanya? 26 Okt 2009 (kira-kira sebulan yang lalu), buku ni telah mendapat liputan dalam Slot Resensi untuk Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1. Bukan setakat buku je, saya pun diundang sekali oleh Kak Jah (Penerbit SPM).
* Maaflah, tak dapat sertakan sebarang gambar. Sebab tak sempat nak ambil gambar pun.

Selain buku ini mendapat liputan dalam SPM TV1, apa yang lebih membuat saya teruja ialah yang menemubual saya tu Abang Ramlee Awang Mursyid (Novelis Thriller No. 1 Malaysia). Mesti anda kenal bukan? Saya manfaatkan peluang ini untuk menjalin ukhwah dengan beliau. Saya pun dah lama berhasrat nak bersua dengannya. Tambahan pula, dia pun menulis dengan Alaf 21 yang menerbitkan buku pertama dan ketiga saya.

Hemm..banyak perkara yang kami kongsikan terutamanya tentang dunia penulisan dan kehidupan. InsyaAllah, ikhlas saya katakan, beliau seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Malah, menguatkan semangat dan iltizam saya untuk terus menulis. Satu petua yang saya tak akan lupakan ialah "rajin-rajinlah berzakat. Jika ada rezeki lebih, lebihkan berzakat". Mungkin kita dah tahu, cuma kurang penghayatan.

Hah..itu cerita Pak Ramlee! Ni ada sorang lagi yang saya sempat bersua time kat RTM. Namanya, Hj. Ahmad Fadzli Yusof. Satu nama yang semakin meningkat naik dalam bidang Motivasi dan Penulisan. Kebetulan beliau diundang untuk slot Motivasi pada pagi tu. Sempat juga saya berbual-bual dengan beliau.

Oklah, didoakan semoga kedua-dua buku saya Syoknya Belajar! & Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai individu yang bergelar pelajar dan ibubapa & guru-guru yang berhasrat untuk membantu anak-anak & pelajar-pelajarnya berjaya. InsyaAllah! Malah, sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu cara belajar. Kedua-dua buku ini, masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri!

Kalau nak tahu, dapatkan segera di pasaran atau terus hubungi saya di 013-9619421 (diskaun menarik menanti anda). Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar pada waktu cuti persekolahan ini. Ok, Salam Kehebatan dari saya Cikgu Razali.

Monday, November 23, 2009

Lebih Kurang 3 Bulan Tak Update Blog Ni

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Selamat bersua kembali dan Salam Kehebatan dari saya. Emm... dah 3 bulan 1 hari saya tak update blog ni. Ramai juga rakan-rakan yang bertanyakan hal ni. Jutaan kemaafan di pohon atas kesulitan yang berlaku. Bukan tak nak update, kadang-kadang kekangan masa membuatkan saya tak sempat nak update blog ni. Tak best rasanya update blog tanpa disulami dengan emosi nak update blog blog. Faham ke maksud saya ni? Harap-harap fahamlah.
Apa-apa pun, Alhamdulillah dengan izin Allah, pada hari ini 24 November 2009 dapat juga saya update blog ni. Sentiasa update blog ni penting sebenarnya. Nampak biasa je, tapi impaknya banyak. Nak tahu kenapa saya berkata demikian? Bagi saya, selain alat perhubungan yang lain seperti handset, email mahupun surat, blog juga merupakan salah satu alat yang dapat menjalin dan mengeratkan ukhwah, silaturrahim dan persahabatan antara kita semua.
Hah... tak tunggu kita terkenal baru nak ada blog? Betul tak? Siapa-siapa pun boleh ada blognya sendiri. Kini, macam-macam ado... blogger, myspace, friendster dan banyak lagi. Pilih je dan gunakannya sebaik mungkin. Jangan salah guna pulak, dosa yang dapat. Setuju tak? Kalau tak setuju pun tak pe. He..he..he.. Jap agi kita sambung lagi!

Sunday, August 23, 2009

Kalimah Allah pada potongan tembikai


Gambar ini dirakamkan sewaktu makan tengahari di Dewan Makan Asrama sekolah saya. Pada waktu itu, saya singgah untuk makan tengahari di sana. Salah seorang pelajar saya menunjukkan potongan tembikai ini. Allahu akbar!

ESQ Training... Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Diri Sendiri


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera... buat kalian yang sudi singgah di blog saya ni.

Salam Semulia Ramadhan saya ucapkan. Gema Mubarak Menghulur Salam..Mengetuk Pintu Hati Yang Gersang..Meniup Khabar Berita Gembira..Taman Rohani Kembali Terang..Gerbang Syurga Terbuka..Untuk Menyambut Insan Bertaqwa..
Emm... sudah lama tak update blog ni. Asyik bertangguh je! Alhamdulillah, pada hari ini 2 Ramadhan/23 Ogos dapatlah juga saya update blog ni. Sebenarnya, banyak gak perkara nak dikongsikan dengan kalian. Salah satunya, pada 31 Julai - 2 Ogos yang lalu, Allah SWT telah memilih saya untuk sertai Training ESQ 165 yang diadakan di PICC, Putrajaya.

Pernahkah kalian dengar tentang ESQ 165 ni? Kalian dialu-alukan untuk layari http://www.esq.com.my/ InsyaAllah anda ketemu sesuatu di sana nanti. Setelah 3 hari ikuti training tersebut, apa yang dapat saya katakan, training ni banyak membantu saya mengenal Allah SWT dan diri ni sebagai hambaNya. Pendekatan trainingnya lain daripada yang lain. Berbentuk experiental learning dan merasai impaknya. Bukan seperti training-training yang lain. Sukar untuk saya gambarkan kelainannya itu. Malaikan anda sendiri yang melaluinya.

Training ini juga bolehlah dianggap sebagai platform untuk muhasabah diri. Semoga air mata yang mengalir sepanjang training ini menjadi asbab untuk menyimbah api neraka. Semoga doa-doa yang dipanjatkan di sini juga, dimakbulkan oleh Allah SWT. Didoakan juga agar impaknya terkesan di hati supaya God Spot yang ada di dalam diri kita dapat menyerlahkan Suara Hati Kebenaran 99 Asma Ul Husna. Dalam masa yang sama, 7 Pengganggu utama dapat ditumpaskan satu persatu. Kerana inilah penyebab utama Suara Hati Kebenaran sukar untuk muncul dalam diri kita.

Cukup sampai di sini dulu, InsyaAllah anda akan fahami apa apa yang saya maksudkan ini apabila anda melangkah kaki ke ESQ Training. Jangan anda tidak tahu pulak, hanya sekali sahaja anda perlu laburkan sejumlah wang untuk ESQ Training yang berterusan, InsyaAllah sepanjang hayat anda. Salam ESQ 165 daripada saya. Saya berbangga kerana Allah telah memilih saya sebagai Alumni ESQ165 Angkatan 37. InsyaAllah, saya akan terus re-charge @ re-training kerana ianya sudah PERCUMA. Anda bagaimana? Jangan bertangguh lagi!

Jika perlukan penerangan lanjut, boleh email atau SMS saya!

Satria ESQ Go..Go..Go..
Satria ESQ Fight..Fight..Fight..
Satria ESQ Win..Win..Win..
Satria ESQ 165...
Demi Matahari Dan Sinarnya Di Pagi Hari..
Demi Bulan Apabila Mengiringi..
Demi Siang Apabila Menampakkan Diri..
Demi Malam Apabila Menutupi..
Demi Langit Dan Seluruh Binaannya..
Demi Bumi Dan Semua Yang Ada Di Permukaannya..
Demi Jiwa Dan Penyempurnaannya..
Allah Mengilhami Sukma Kebaikan Dan Keburukan..
Beruntung Lah Siapa Yang Mensucikannya..
Rugi Lah Siapa Yang Mengotorinya..


Friday, July 3, 2009

Cikgu Razali Kembali... Ternakan Rusa@SMT Pertanian Chenor, Pahang


Bersua kembali! Selamat menyinggah di blog saya. Kali ni saya nak berkongsi dengan anda tentang projek ternakan rusa di sekolah saya pulak. Kebetulan saya juga merupakan guru mata pelajaran Pengeluaran Ternakan, merangkap Ketua Panitia Pengeluaran Ternakan. Dalam kalangan Sek. Men. Teknik khususnya Sek. Men. Teknik Pertanian, sekolah saya dikenali kerana adanya ladang rusa yang terdiri daripada hampir 40 ekor rusa. Emm... sejak ngajar di sekolah ni lah, baru saya dapat merasa daging rusa. Memang best!

Rusa-rusa kat sekolah saya ni disumbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sekolah ni dah macam 'anak angkat' diorang. Banyak bimbingan & tunjuk ajar yang diberikan untuk majukan penternakan kat sekolah ni. Oklah... tengok gambar tu, sempat lagi saya bergambar dengan seekor rusa yang telah disembelih. Rusa ni nak dibawa ke Sek. Men. Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau untuk dijual di gerai sekolah saya sempena Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan kat sekolah diorang.

Nak tahu sambutannya cam ner? Tak sampai kul 10.30 am, hampir semua daging dah 'sold out'. Oklah, kalau-kalau datang area Temerloh, Chenor atau Maran, bolehlah singgah kat sekolah saya. Nak tengok rusa boleh je. Sekarang saya baru usahakan ternakan puyuh pulak. Sambil-sambil wat kajian 'psikologi puyuh'. Wow... macam mana tu? Wokeh... jumpe lagi!

Wednesday, June 24, 2009

Perkhabaran Dari Cikgu Razali !

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

Emmm... dah beberapa hari tak update blog ni. Maklumlah, awal-awal persekolahan ni sibuk sikit. Bukan tugas sebagai guru je, malah warden asrama. Oh ya, terima kasih banyak-banyaklah pada Tn. Norden Mohamad (nama penanya Eyman Haykal), big bos Alaf 21 yang sudi singgah kat blog ni dan tulis komen. Senang-senang, kunjungilah lagi! Demikian juga dengan anda...

Baiklah, baru-baru ni saya dan student saya yang ambik mata pelajaran Pengeluaran Ternakan harvest ikan keli yang kitorang ternak dalam kanvas. Banyak gak! Tengok gambar tuuu (saya pakai baju ala Raihan coz hari tu hari Jumaat. Tak sempat tukar baju t-shirt)... Lepas budak-budak ni harvest, diorang proses dan jual. Nak tahu cam ner diorang jual, setiap group (3-4 orang) kena jual beberapa kg. pada warga sekolah dengan harga RM4 (lebih rendah dari pasaran). Tak kiralah cam ner gaya diorang nak pikat pelanggan, janji jual.

Hah... berkejaranlah diorang, sebab kena jual sebelum abis time amali (8.10 - 9.55 am). Setiap kg. yang diorang jual, saya akan bagi komisen RM1. Pastu, bolehlah belanje kat kantin. Kebetulan lepas kelas saya ni, terus time rehat. Macam-macam gelagak yang diorang pamerkan. Memang enjoy belajar macam ni! Banyak skill & nilai murni dapat diterapkan yang mungkin tak dapat diterapkan jika belajar dalam kelas. Macam nilah, gaya seorang guru Ternakan. Lepas ni, plan nak ternak ikan puyu pulak. Dengar kata, market price sekarang RM18. Ok gak tu!

Oklah, setakat ni dulu perkhabaran dari saya. Akan datang saya akan share dengan anda tentang projek ternakan rusa kat sekolah saya pulak. Jangan tak tahu, sekolah saya ada lebih 30 ekor rusa yang diternak. Disamping ternakan burung unta. InsyaAllah, ketemu lagi!

Saturday, June 13, 2009

"Syoknya Belajar!"... Murah Dari Top Up


Ya... memang murah dari top up! Nak tahu nape? Kalau anda beli top up, paling kurang RM 10 kan?. Apa kata kali ni laburkan RM 9 untuk dapatkan sebuah buku setebal 254 page ni dengan harga RM 9 je termasuk kos penghantaran tuuu... Kalau anda beli kat kedai harganya RM 9. Tapi, anda kena ke kedai. Kalau naik kenderaan sendiri, duit minyak nak kena keluar. Kalau naik kenderaan awam, kena bayar tambang pulak.


Better beli terus dari saya. Hanya SMS kan pesanan anda je ke 013-9619421. Kalau anda tak nak baca, hadiahkanlah pada sesiapa orang tersayang yang masih belajar. Tak kiralah belajar kat sekolah ke... matrikulasi ke... politek ke... kat universiti pun boleh baca gak. Bagi saya, dari segi harga, buku-buku yang Alaf 21 terbitkan memang ekonomi dan mampu milik berbanding buku-buku lain. Tengok... buku setebal 254 page dapat jual dengan harga RM 9.


Oklah, kalau nak beli, SMS saya, penulis buku ni. If dah beli nanti, kalau ada apa-apa persoalan, saya sedia menjawabnya. Ini untungnya beli buku terus dari penulis. Yang ni, ibarat khidmat lepas jualanlah. Akhir kata, "Jangan lupa dapatkan Syoknya Belajar! hari ini. Jadikan ianya koleksi peribadi anda disamping mendapat manfaat darinya".

Jom... ke sekolah! Syoknya Belajar!

Emm... wat apa tu adik-adik pelajar? main-main dan lepak-lepak lagi ke? Hah... janganlah macam tu. Sekolah dah nak buka ni. Bagi adik-adik yang tinggal di Klate, Tranung & Kdoh 14/6/09 (Ahad) dah buka sekolah & Isnin ni (15/6/09) bagi adik-adik yang tinggal di negeri lain. Amacam 2 minggu cuti? Studi tak? atau pun habiskan masa begitu saje. Rugi tu adik-adik! Sekarang, sekolah dah nak buka, amacam? dan bersedia ke?. Walaupun aura cuti masih menebal, setting balik minda untuk belajar pulak ya!

Buka sekolah ni, dah masuk penggal kedua persekolahan tahun ini. Sekarang dah bulan enam. Bagi calon-calon peperiksaan awam (UPSR/PMR/SPM/STPM/STAM dll) masa semakin suntuk. Jika ditolak dengan cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti-cuti yang sama waktu dengannya, dah tak banyak masa lagi yang ada. Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk menggunakan masa, bukan mengurus masa. Betul tak? Saya selalu ingatkan hal ini pada pelajar-pelajar saya.

Bagi cikgu-cikgu pulak, banyak kerja yang menanti di hadapan. Tambahan pula musim peperiksaan dah nak dekat. Semua guru beriltizam nak memberikan komitmen yang penuh bagi membantu pelajarnya membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Demikian juga dengan saya. Yang sedihnya, kadang-kadang terdapat segelintir pelajar masih enggan belajar. Sedangkan cikgu bukan main bersemangat lagi. Harapan kami, hanya satu, ingin melihat anda berjaya.

Jika anda ada sebarang persoalan tentang cara belajar, cara studi atau cara ulangkaji atau yang sama waktu dengannya, hubungi saya ke alamat emel ajmal_azali@hotmail.com . Ketahui lebih lagi rahsia Syok Belajar menerusi buku saya Syoknya Belajar! & Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali. Jika anda belum dapatkan buku ini, beli terus dari saya dengan diskaun yang menarik. Selamat belajar!

* Emmm... sebelum jadi guru dulu, time-time begini saya sibuk menjayakan program-program motivasi kecemerlangan pelajar. Gambar di atas tu, sewaktu saya jadi motivator & fasi bagi program Akademi Titian Kejayaan untuk calon SPM Sek. Men. Sains Dungun, Terengganu.

Tuesday, June 9, 2009

Ape cerite Cikgu Razali sekarang ???



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana singgah ke blog saya, sama ada sengaja atau tidak. He..he..he.. Yang sengaja tu, tiba-tiba tersesat. Oh ya... ada orang tanya, apa cerite Cikgu Razali sekarang?. Sekarang ni saya masih berada di kampong, kat Setiu, Terengganu. Maklumlah cuti sekolah 2 minggu. Cuti-cuti ni, selain daripada periksa mid year exam paper pelajar-pelajar, saya gunakan semaksima mungkin masa yang ada untuk menyiapkan buku keempat saya yang bertajuk "Motivasi Belajar Sikit-sikit, Dapat Banyak". Nantikan kemunculannya di pasaran!


Emm... macam bagus je tajuk buku tu. Ye ke? Terima kasihlah! Jika dah ada di pasaran nanti, janganlah lupa beli ya! InsyaAllah, mutiara-mutiara yang terkandung dalam buku ni dapat membantu anda belajar sikit-sikit, tapi dapat banyak. Bukan untuk pelajar-pelajar je. Mak ayah pelajar dan cikgu pelajar pun boleh baca gak. Ketahui, apa yang dikatakan, belajar sikit-sikit, tapi dapat banyak. Bukankah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit?.


Ahad depan, 14 Jun 2009 saya dah nak mula bertugas. Nape hari Ahad pulak? Kan hari cuti tu? Jangan tak tahu pulak, selain mengajor, saya juga warden asrama. Ari tu, budak-budak dah balik asrama. Ramai gak anak-anak kat asrama putera tu, dekat dengan 250 orang. Jadi, 250 ragamlah yang nak kena layan. Tapi tak pelah! Pengalaman tuuu. Manalah tahu, lepas ni boleh wat buku tentang warden pulak. Idea yang bagus tu!


Oklah, saya nak sambung taip buku pulak! Doa-doakan saya ya agar Allah permudahkan segala urusan saya. Ameen! Saya pun doakan anda jugak. Salam.....

Saturday, June 6, 2009

Alternatif Perjuangan


Selamat bersua kembali buat pengunjung blog saya ni,

Sekadar berkongsi pengalaman je. Sebelum saya di'posting'kan menjadi guru di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang pada 1 Nov. 2007 yang lalu, saya mengisi masa dengan menjadi penceramah dan fasilitator bagi program, kursus atau kem motivasi kecemerlangan pelajar khususnya yang berkaitan dengan Budaya Belajar Berkesan.


Emmm... jika diimbau kembali kenangan tersebut, memang best! Bukan setakat dapat bantu peserta-peserta kursus, malah dapat bantu diri sendiri gak. Membina karektor diri dan menyerlahkan potensi diri yang selama ini sengaja dibiarkan ia terpendam. Itulah kita ya, 'nasia' selalu je lupa. Tapi tak pelah, yang penting kita sentiasa berusaha menggali kehebatan diri yang Allah anugerahkan kepada kita.


Sejak jadi cikgu ni (bukan cikgu je, tetapi warden asrama gak) masa untuk itu semua cukup terbatas. Tambahan pula saya bukannya guru kaunseling. Kalau guru kaunseling, mungkin peluang lebih terbuka luas, tetapi saya adalah guru mata pelajaran pengeluaran ternakan. Mungkin ada yang tanya, ada ke mata pelajaran ni kat sekolah? Memang ada! hanya 5 buah sekolah je dalam Malaysia yang menawarkan mata pelajaran ni.


Oleh kerana minat yang mendalam untuk menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan Budaya Belajar Berkesan kepada semua terutamanya pelajar-pelajar, saya masih lagi ada "Alternatif Perjuangan" iaitu melalui Penulisan. Bukannye terhad melalui ceramah sahaja. Betul tak?. Alhamdulillah... setakat ni dua buah buku saya hadiahkan kepada anda, Syoknya Belajar! & Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali (Dapatkan segera di pasaran atau beli terus dari saya dengan diskaun yang menarik).


Berdasarkan pengalaman sebagai guru, saya perhatikan kebanyakan pelajar sekolah "kurang" mengamalkan Budaya Belajar Berkesan. Belajar sekadar belajar je. Datang sekolah... balik sekolah... esoknya, datang sekolah lagi... time nak exam baru nak baca buku, baru nak cari nota, baru nak jumpa cikgu... Itulah Budaya Belajar mereka (saya tak kata semua pelajar begini, tetapi kebanyakannya beginilah).


Oklah... sama-sama kita hayati tema Hari Guru tahun ini, GURU MEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday, June 3, 2009


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Salam ukhwah dan persahabatan dari saya, Cikgu Razali! Kini saya berkhidmat sebagai guru mata pelajaran Pengeluaran Ternakan (Vokasional Pertanian) di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang. Selain sibuk dengan rutin sebagai guru dan warden asrama, Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk berekreasi minda dengan menulis. Dengan izin Allah, setakat ini sudah dua buah buku saya berada di pasaran iaitu Syoknya Belajar! terbitan Alaf 21 dan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali terbitan Utusan Publications & Distributors. InsyaAllah bakal menyusul tidak lama lagi buku ketiga saya, Cara Mudah Untuk Mengajar terbitan Alaf 21. Kini, saya sedang menyiapkan buku keempat yang bertajuk, Motivasi Belajar Sikit-sikit Dapat Banyak yang InsyaAllah bakal 'best seller'. Akhir kata, semoga anda yang mengunjungi blog saya ini dapat mendoakan kejayaan saya sebagai Pendidik dan Penulis.



Sebaik-baik manusia ialah insan yang dapat memberikan manfaat buat dirinya dan juga orang lain

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Salam ukhwah dan persahabatan dari saya, Cikgu Razali! Kini saya berkhidmat sebagai guru mata pelajaran Pengeluaran Ternakan (Vokasional Pertanian) di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang. Selain sibuk dengan rutin sebagai guru dan warden asrama, Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk berekreasi minda dengan menulis. Dengan izin Allah, setakat ini sudah dua buah buku saya berada di pasaran iaitu Syoknya Belajar! terbitan Alaf 21 dan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali terbitan Utusan Publications & Distributors. InsyaAllah bakal menyusul tidak lama lagi buku ketiga saya, Cara Mudah Untuk Mengajar terbitan Alaf 21. Kini, saya sedang menyiapkan buku keempat yang bertajuk, Motivasi Belajar Sikit-sikit Dapat Banyak yang InsyaAllah bakal 'best seller'. Akhir kata, semoga anda yang mengunjungi blog saya ini dapat mendoakan kejayaan saya sebagai Pendidik dan Penulis.

Kita Memang Dilahirkan Untuk Berjaya!

Apa yang orang perkatakan, dari dulu sampai sekarang ??? Dari dulu sampai sekarang, orang asyik bercakap tentang kejayaan dan kecemerlangan. Apa yang berjaya? Apa yang cemerlang? Apa lagi kalau bukan tentang budak-budak belajar !!! Belajar apa? Alaaah... budak-budak sekolah yang ambil periksa UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM tuuu. Begitu juga dengan budak-budak matrikulasi, universiti dan IPT yang sama waktu dengannya. Semuanya nak berjaya dengan cemerlang. Tak de nye yang nak gagal. Kalau budak sekolah, nak dapat semua A.

Kalau budak IPT pulak, nak dapat CGPA 4.000. Bukankah Allah lahirkan kita sebagai orang yang berjaya? Kita kan umat yang terbaik. Khalifah muka bumi ini.Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, saya juga pernah merasai nikmat berjaya dan cemerlang dalam pelajaran khususnya sewaktu belajar di IPT dulu. Dapaaatlah juga Anugerah Kepujian Dekan. Orang putih kata “dean list”. Itulah hadiah yang dapat saya berikan buat ibu bapa dan keluarga saya yang telah bersusah payah dan berkorban untuk menyekolahkan saya. Ibu bapa dan keluarga bukan mengharapkan wang ringgit dan harta benda semata-mata sebagai balasan.

Cukuplah gembirakan mereka dengan menghadiahkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mungkin tatkala itu, ibu bapa anda akan menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaan anda itu.Bak kata budak-budak muda zaman sekarang, “tak guna cakap banyak, buang current je. Straight to the point lagi bagus”. Dok gitu? Kata orang negeri jiran saya. Baiklah, kalau anda yang membaca brosur ni nak berjaya, nak cemerlang, InsyaAllah dengan izin Allah saya boleh bantu anda.

Tapi, dengan syarat anda MAHU atau NAK BERJAYA! Kalau benda ni tak de dalam diri atau minda anda, batalkan saja hasrat anda tuuu. He..he..he.. Bukan marah, tapi nasihat (kata cerita P.Ramlee).Nak tahu kenapa saya kata begitu? Apabila anda kata “SAYA MAHU BERJAYA”, maka segala apa yang anda fikirkan dan tindakan yang dilakukan menjurus kepada KEJAYAAN tersebut. Betul tak? Contohnya, anda mahukan kereta BMW 5 Series, maka fikiran dan tindakan anda akan fokuskan kepada langkah-langkah untuk dapatkan kereta tersebut. Begitu juga dengan pelajaran anda. Anda MAHU 8A dalam PMR, maka anda akan berusaha sehingga 8A menjadi kenyataan. Berbeza pula, apabila anda kata, “1A pun sudah cukup”. Maka usaha anda sambil lewa sahaja.

Oklah saya rasa cukuplah tu... Ikuti sambungannya dalam SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI. Eh.. Eh.., apa citer pulak tiba-tiba keluar SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI pulak? Hah... Ni nak habaq mai (dialek utara), kan tadi check (saya) kato nak tolong hang (awak)!? Jadi, check dah kumpulkan semuo teknik, rahsia, resipi dan petua yang telah diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang (Malaysian Top Student) dalam satu buku. Hang tuk sah nak gaduh-gaduh cari lagi.

Dapatkan buku ni, baca, faham dan amalkannya je. Tak faham, tanya check. Tapi, check raso mudah faham sebab check dah tulis dalam bahasa yang mudah difahami. Mana taknya, dalam Bahasa Malaysia bukannya bahasa orang putih. SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI ni lah tajuk buku check.Berapa harganya? Jangan bimbang, walaupun harga minyak naik, anda masih mampu dapatkan buku yang setebal 256 muka surat seberat 250 gram dengan hanya RM10 (termasuk kos pos). Mahal? Aik.. top up telefon boleh beli, tak kan buku yang dapat membantu anda berjaya tak leh beli kuuut? Luu... fikirlah sendiri !!! (kata Nabil Raja Lawak).