Tuesday, March 16, 2010

BERSUA KEMBALI

DIMULAI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sudah 2, 3 purnama saya tidak update blog ni. Terima kasihlah kepada rakan-rakan yang berkesudian mengunjungi blog ini dan bertanya khabar melalui SMS & juga Facebook. Dengan izin Allah, saya Alhamdulillah luar biasa hebat untuk meneruskan kehidupan yang Allah pinjamkan ini. Salam Aura Kedamaian dan Kemakmuran! Sejak diamanahkan tugas sebagai Ketua Panitia Pengeluaran Ternakan & juga Ketua Warden Asrama, banyak perkara utama yang perlu diutamakan mengikut keutamaan. Hmm.. lantaran semuanya utama dan penting.


INSPIRASI KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENGELUARAN TERNAKAN
Pengeluaran Ternakan satu mata pelajaran yang berbeza berbanding mata pelajaran-mata pelajaran akademik yang lain. Ianya bukan sekadar pendedahan teori. Malah pendedahan kemahiran dan pengalaman kepada para pelajar. Tambahan pula ia melibatkan benda-benda hidup. Inspirasi saya, hendak menjadikan Unit Pengeluaran Ternakan sekolah ini sebagai medan untuk pelajar-pelajar menimba ilmu dan pengalaman asas dalam bidang Penternakan khususnya Penternakan Ayam, Itik, Burung Puyuh, Ikan Air Tawar, Lembu, Kerbau, Kambing, Rusa dan Burung Unta. Disamping melatih pelajar-pelajar menjadi usahawan dan menjana pendapatan melalui Kelab Usahawanternak. Dalam masa yang saya, mata pelajaran Pengeluaran Ternakan mampu mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.


INSPIRASI KETUA WARDEN ASRAMA

Amanah kedua yang agak berat untuk dipikul ialah sebagai Ketua Warden Asrama.Cabaran dan dugaan menanti dari pelbagai sudut dalam usaha untuk mendidik pelajar-pelajar remaja berusia 16 & 17 tahun ini. Berbekalkan pengalaman 2 tahun sebagai warden biasa, dengan izin Allah setakat ini mampu lagi saya menangani kerenah mereka. Bak kata pepatah, 'tarik rambut dalam tepung, jangan sampai tepung berserak'. Inspirasi saya ialah untuk melahirkan penghuni asrama yang berketerampilan dan bersahsiah mulia melalui penerapan elemen kerohanian dalam kehidupan seharian. Penekanan utama diberikan kepada pengukuhan solat.


INSPIRASI SEBAGAI PENULIS

Dengan izin Allah, setakat ini saya telah menulis 5 buah buku dalam genre Pengajaran & Pembelajaran (P&P). 3 buah telah berada di pasaran, InsyaAllah sebuah lagi pada bulan ini dan sebuah lagi dalam masa terdekat ini. Inspirasi saya untuk menulis sekurang-kurangnya sebuah buku dalam setahun. InsyaAllah, sekarang saya sedang menulis beberapa buah buku untuk diterbitkan pada tahun 2011. Juga sebuah buku ternakan bersama dengan seorang usahawanternak.




No comments:

Kita Memang Dilahirkan Untuk Berjaya!

Apa yang orang perkatakan, dari dulu sampai sekarang ??? Dari dulu sampai sekarang, orang asyik bercakap tentang kejayaan dan kecemerlangan. Apa yang berjaya? Apa yang cemerlang? Apa lagi kalau bukan tentang budak-budak belajar !!! Belajar apa? Alaaah... budak-budak sekolah yang ambil periksa UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM tuuu. Begitu juga dengan budak-budak matrikulasi, universiti dan IPT yang sama waktu dengannya. Semuanya nak berjaya dengan cemerlang. Tak de nye yang nak gagal. Kalau budak sekolah, nak dapat semua A.

Kalau budak IPT pulak, nak dapat CGPA 4.000. Bukankah Allah lahirkan kita sebagai orang yang berjaya? Kita kan umat yang terbaik. Khalifah muka bumi ini.Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, saya juga pernah merasai nikmat berjaya dan cemerlang dalam pelajaran khususnya sewaktu belajar di IPT dulu. Dapaaatlah juga Anugerah Kepujian Dekan. Orang putih kata “dean list”. Itulah hadiah yang dapat saya berikan buat ibu bapa dan keluarga saya yang telah bersusah payah dan berkorban untuk menyekolahkan saya. Ibu bapa dan keluarga bukan mengharapkan wang ringgit dan harta benda semata-mata sebagai balasan.

Cukuplah gembirakan mereka dengan menghadiahkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mungkin tatkala itu, ibu bapa anda akan menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaan anda itu.Bak kata budak-budak muda zaman sekarang, “tak guna cakap banyak, buang current je. Straight to the point lagi bagus”. Dok gitu? Kata orang negeri jiran saya. Baiklah, kalau anda yang membaca brosur ni nak berjaya, nak cemerlang, InsyaAllah dengan izin Allah saya boleh bantu anda.

Tapi, dengan syarat anda MAHU atau NAK BERJAYA! Kalau benda ni tak de dalam diri atau minda anda, batalkan saja hasrat anda tuuu. He..he..he.. Bukan marah, tapi nasihat (kata cerita P.Ramlee).Nak tahu kenapa saya kata begitu? Apabila anda kata “SAYA MAHU BERJAYA”, maka segala apa yang anda fikirkan dan tindakan yang dilakukan menjurus kepada KEJAYAAN tersebut. Betul tak? Contohnya, anda mahukan kereta BMW 5 Series, maka fikiran dan tindakan anda akan fokuskan kepada langkah-langkah untuk dapatkan kereta tersebut. Begitu juga dengan pelajaran anda. Anda MAHU 8A dalam PMR, maka anda akan berusaha sehingga 8A menjadi kenyataan. Berbeza pula, apabila anda kata, “1A pun sudah cukup”. Maka usaha anda sambil lewa sahaja.

Oklah saya rasa cukuplah tu... Ikuti sambungannya dalam SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI. Eh.. Eh.., apa citer pulak tiba-tiba keluar SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI pulak? Hah... Ni nak habaq mai (dialek utara), kan tadi check (saya) kato nak tolong hang (awak)!? Jadi, check dah kumpulkan semuo teknik, rahsia, resipi dan petua yang telah diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang (Malaysian Top Student) dalam satu buku. Hang tuk sah nak gaduh-gaduh cari lagi.

Dapatkan buku ni, baca, faham dan amalkannya je. Tak faham, tanya check. Tapi, check raso mudah faham sebab check dah tulis dalam bahasa yang mudah difahami. Mana taknya, dalam Bahasa Malaysia bukannya bahasa orang putih. SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI ni lah tajuk buku check.Berapa harganya? Jangan bimbang, walaupun harga minyak naik, anda masih mampu dapatkan buku yang setebal 256 muka surat seberat 250 gram dengan hanya RM10 (termasuk kos pos). Mahal? Aik.. top up telefon boleh beli, tak kan buku yang dapat membantu anda berjaya tak leh beli kuuut? Luu... fikirlah sendiri !!! (kata Nabil Raja Lawak).