Assalamualaikum Warah Matullahi Wabaratuh...
Dengan izin Allah SWT, kita masih lagi dapat bersua di blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni. Alhamdulillah juga, setakat ini Allah SWT telah mengizinkan saya untuk menulis lima buku (2 masih dalam proses editing) yang berkaitan dengan Pengajaran & Pembelajaran (P&P).
Kini tibalah masanya untuk saya menulis pula buku yang berkaitan dengan bidang pengajaran saya pula iaitu "Penternakan". Untuk makluman sahabat & sahabiah sekalian, di sekolah, saya mengajar mata pelajaran Pengeluaran Ternakan (salah satu mata pelajaran Vokasional Pertanian). Antara kandungan mata pelajaran ini ialah Penternakan Ayam/Itik, Ikan Air Tawar/Udang Galah, Rumput Ternak & Kekacang, Lembu/Kerbau dan Kambing/Biri-biri.
Sebagai tambahan, sekolah saya juga turut menternak Rusa, Burung Unta dan Burung Puyuh. Saya selalu bertanya diri saya, "Kenapa saya tak kongsikan input dan pengalaman yang saya peroleh dengan orang lain melalui buku?". Khususnya Penternakan Burung Puyuh yang hanya boleh dilakukan di sekitar rumah. Dalam kata lain, ternakan sebagai satu hobi.
Untuk tujuan ini, InsyaAllah kini saya sedang giat mengumpulkan material untuk buku ke 6 saya ini. Sekiranya anda yang membaca buku ini berpengalaman dalam menternak puyuh atau mempunyai input yang berkaitan dengannya, sudi-sudilah email kepada saya di alamat email ; razaliesq165@yahoo.com . Didoakan semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini dan hasilnya dapat dimanfaatkan oleh semua.
1 comment:
Semoga Berjaya!
Pagi! ESQ165...
www.rose165.com
Post a Comment