Friday, November 27, 2009

Lagi Tentang Buku Kedua Saya.. Tersenarai Di National Library Board (NLB) Singapore

Dimulai "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang" ..Assalamualaikum WBT...
Bersua kembali! Kali ini saya nak kongsikan satu perkara tentang buku kedua saya, CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI. Macam ni, sehari sebelum Hari Raya Ei'duladha yang lalu sambil-sambil melayari internet, saya taipkan CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI pada GOOGLE SEARCH, salah satu hasil carian menunjukkan bahawa buku ini tersenarai di National Library Board (NLB) Singapore.

Memang terkejut! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Bukannya apa, terujalah melihatkan buku tulisan sendiri dalam Bahasa Melayu pulak tu tersenarai di NLB. Tambahan pula saya ni penulis baru. Didoakan semoga khazanah ilmu yang dicetuskan ini dapat dimanfaatkan oleh semua khususnya di Malaysia dan seluruh dunia amnya. Bukanlah royalti yang menjadi sandaran. Mudah-mudahan inilah dikira oleh Allah sebagai zakat dan tasbih saya kepadaNya.

Salam Kehebatan dari
Cikgu Mohd Razali Kamarudin
Penulis Buku, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali

Wednesday, November 25, 2009

Buku Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali! Mendapat Liputi Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1


Selamat bersua kembali. Didoakan semoga kalian yang membaca blog saya ni disirami Nur Ilahi.

Sewaktu saya menulis blog ni (26 Nov. 2009), saya baru je balik ke kampung saya di Kg. Tayor Tengah, Sg. Tong, Setiu, Terengganu untuk merayakan Hari Raya E'iduladha. Emm...walaupun sekarang ni time cuti sekolah, saya tetap berada di sekolah sehinggalah 16 Dis. 2009 kerana melaksanakan tugas sebagai warden asrama.

Oh ya, satu perkara yang saya nak kongsikan dengan kalian ialah tentang buku kedua saya, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali! Alah.. yang warna kuning tuuu, ada ilustrasi gambar saya tuuu.. Nak tahu ceritanya? 26 Okt 2009 (kira-kira sebulan yang lalu), buku ni telah mendapat liputan dalam Slot Resensi untuk Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1. Bukan setakat buku je, saya pun diundang sekali oleh Kak Jah (Penerbit SPM).
* Maaflah, tak dapat sertakan sebarang gambar. Sebab tak sempat nak ambil gambar pun.

Selain buku ini mendapat liputan dalam SPM TV1, apa yang lebih membuat saya teruja ialah yang menemubual saya tu Abang Ramlee Awang Mursyid (Novelis Thriller No. 1 Malaysia). Mesti anda kenal bukan? Saya manfaatkan peluang ini untuk menjalin ukhwah dengan beliau. Saya pun dah lama berhasrat nak bersua dengannya. Tambahan pula, dia pun menulis dengan Alaf 21 yang menerbitkan buku pertama dan ketiga saya.

Hemm..banyak perkara yang kami kongsikan terutamanya tentang dunia penulisan dan kehidupan. InsyaAllah, ikhlas saya katakan, beliau seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Malah, menguatkan semangat dan iltizam saya untuk terus menulis. Satu petua yang saya tak akan lupakan ialah "rajin-rajinlah berzakat. Jika ada rezeki lebih, lebihkan berzakat". Mungkin kita dah tahu, cuma kurang penghayatan.

Hah..itu cerita Pak Ramlee! Ni ada sorang lagi yang saya sempat bersua time kat RTM. Namanya, Hj. Ahmad Fadzli Yusof. Satu nama yang semakin meningkat naik dalam bidang Motivasi dan Penulisan. Kebetulan beliau diundang untuk slot Motivasi pada pagi tu. Sempat juga saya berbual-bual dengan beliau.

Oklah, didoakan semoga kedua-dua buku saya Syoknya Belajar! & Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai individu yang bergelar pelajar dan ibubapa & guru-guru yang berhasrat untuk membantu anak-anak & pelajar-pelajarnya berjaya. InsyaAllah! Malah, sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu cara belajar. Kedua-dua buku ini, masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri!

Kalau nak tahu, dapatkan segera di pasaran atau terus hubungi saya di 013-9619421 (diskaun menarik menanti anda). Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar pada waktu cuti persekolahan ini. Ok, Salam Kehebatan dari saya Cikgu Razali.

Monday, November 23, 2009

Lebih Kurang 3 Bulan Tak Update Blog Ni

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Selamat bersua kembali dan Salam Kehebatan dari saya. Emm... dah 3 bulan 1 hari saya tak update blog ni. Ramai juga rakan-rakan yang bertanyakan hal ni. Jutaan kemaafan di pohon atas kesulitan yang berlaku. Bukan tak nak update, kadang-kadang kekangan masa membuatkan saya tak sempat nak update blog ni. Tak best rasanya update blog tanpa disulami dengan emosi nak update blog blog. Faham ke maksud saya ni? Harap-harap fahamlah.
Apa-apa pun, Alhamdulillah dengan izin Allah, pada hari ini 24 November 2009 dapat juga saya update blog ni. Sentiasa update blog ni penting sebenarnya. Nampak biasa je, tapi impaknya banyak. Nak tahu kenapa saya berkata demikian? Bagi saya, selain alat perhubungan yang lain seperti handset, email mahupun surat, blog juga merupakan salah satu alat yang dapat menjalin dan mengeratkan ukhwah, silaturrahim dan persahabatan antara kita semua.
Hah... tak tunggu kita terkenal baru nak ada blog? Betul tak? Siapa-siapa pun boleh ada blognya sendiri. Kini, macam-macam ado... blogger, myspace, friendster dan banyak lagi. Pilih je dan gunakannya sebaik mungkin. Jangan salah guna pulak, dosa yang dapat. Setuju tak? Kalau tak setuju pun tak pe. He..he..he.. Jap agi kita sambung lagi!

Sunday, August 23, 2009

Kalimah Allah pada potongan tembikai


Gambar ini dirakamkan sewaktu makan tengahari di Dewan Makan Asrama sekolah saya. Pada waktu itu, saya singgah untuk makan tengahari di sana. Salah seorang pelajar saya menunjukkan potongan tembikai ini. Allahu akbar!

ESQ Training... Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Diri Sendiri


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera... buat kalian yang sudi singgah di blog saya ni.

Salam Semulia Ramadhan saya ucapkan. Gema Mubarak Menghulur Salam..Mengetuk Pintu Hati Yang Gersang..Meniup Khabar Berita Gembira..Taman Rohani Kembali Terang..Gerbang Syurga Terbuka..Untuk Menyambut Insan Bertaqwa..
Emm... sudah lama tak update blog ni. Asyik bertangguh je! Alhamdulillah, pada hari ini 2 Ramadhan/23 Ogos dapatlah juga saya update blog ni. Sebenarnya, banyak gak perkara nak dikongsikan dengan kalian. Salah satunya, pada 31 Julai - 2 Ogos yang lalu, Allah SWT telah memilih saya untuk sertai Training ESQ 165 yang diadakan di PICC, Putrajaya.

Pernahkah kalian dengar tentang ESQ 165 ni? Kalian dialu-alukan untuk layari http://www.esq.com.my/ InsyaAllah anda ketemu sesuatu di sana nanti. Setelah 3 hari ikuti training tersebut, apa yang dapat saya katakan, training ni banyak membantu saya mengenal Allah SWT dan diri ni sebagai hambaNya. Pendekatan trainingnya lain daripada yang lain. Berbentuk experiental learning dan merasai impaknya. Bukan seperti training-training yang lain. Sukar untuk saya gambarkan kelainannya itu. Malaikan anda sendiri yang melaluinya.

Training ini juga bolehlah dianggap sebagai platform untuk muhasabah diri. Semoga air mata yang mengalir sepanjang training ini menjadi asbab untuk menyimbah api neraka. Semoga doa-doa yang dipanjatkan di sini juga, dimakbulkan oleh Allah SWT. Didoakan juga agar impaknya terkesan di hati supaya God Spot yang ada di dalam diri kita dapat menyerlahkan Suara Hati Kebenaran 99 Asma Ul Husna. Dalam masa yang sama, 7 Pengganggu utama dapat ditumpaskan satu persatu. Kerana inilah penyebab utama Suara Hati Kebenaran sukar untuk muncul dalam diri kita.

Cukup sampai di sini dulu, InsyaAllah anda akan fahami apa apa yang saya maksudkan ini apabila anda melangkah kaki ke ESQ Training. Jangan anda tidak tahu pulak, hanya sekali sahaja anda perlu laburkan sejumlah wang untuk ESQ Training yang berterusan, InsyaAllah sepanjang hayat anda. Salam ESQ 165 daripada saya. Saya berbangga kerana Allah telah memilih saya sebagai Alumni ESQ165 Angkatan 37. InsyaAllah, saya akan terus re-charge @ re-training kerana ianya sudah PERCUMA. Anda bagaimana? Jangan bertangguh lagi!

Jika perlukan penerangan lanjut, boleh email atau SMS saya!

Satria ESQ Go..Go..Go..
Satria ESQ Fight..Fight..Fight..
Satria ESQ Win..Win..Win..
Satria ESQ 165...
Demi Matahari Dan Sinarnya Di Pagi Hari..
Demi Bulan Apabila Mengiringi..
Demi Siang Apabila Menampakkan Diri..
Demi Malam Apabila Menutupi..
Demi Langit Dan Seluruh Binaannya..
Demi Bumi Dan Semua Yang Ada Di Permukaannya..
Demi Jiwa Dan Penyempurnaannya..
Allah Mengilhami Sukma Kebaikan Dan Keburukan..
Beruntung Lah Siapa Yang Mensucikannya..
Rugi Lah Siapa Yang Mengotorinya..


Friday, July 3, 2009

Cikgu Razali Kembali... Ternakan Rusa@SMT Pertanian Chenor, Pahang


Bersua kembali! Selamat menyinggah di blog saya. Kali ni saya nak berkongsi dengan anda tentang projek ternakan rusa di sekolah saya pulak. Kebetulan saya juga merupakan guru mata pelajaran Pengeluaran Ternakan, merangkap Ketua Panitia Pengeluaran Ternakan. Dalam kalangan Sek. Men. Teknik khususnya Sek. Men. Teknik Pertanian, sekolah saya dikenali kerana adanya ladang rusa yang terdiri daripada hampir 40 ekor rusa. Emm... sejak ngajar di sekolah ni lah, baru saya dapat merasa daging rusa. Memang best!

Rusa-rusa kat sekolah saya ni disumbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sekolah ni dah macam 'anak angkat' diorang. Banyak bimbingan & tunjuk ajar yang diberikan untuk majukan penternakan kat sekolah ni. Oklah... tengok gambar tu, sempat lagi saya bergambar dengan seekor rusa yang telah disembelih. Rusa ni nak dibawa ke Sek. Men. Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau untuk dijual di gerai sekolah saya sempena Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan kat sekolah diorang.

Nak tahu sambutannya cam ner? Tak sampai kul 10.30 am, hampir semua daging dah 'sold out'. Oklah, kalau-kalau datang area Temerloh, Chenor atau Maran, bolehlah singgah kat sekolah saya. Nak tengok rusa boleh je. Sekarang saya baru usahakan ternakan puyuh pulak. Sambil-sambil wat kajian 'psikologi puyuh'. Wow... macam mana tu? Wokeh... jumpe lagi!

Wednesday, June 24, 2009

Perkhabaran Dari Cikgu Razali !

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

Emmm... dah beberapa hari tak update blog ni. Maklumlah, awal-awal persekolahan ni sibuk sikit. Bukan tugas sebagai guru je, malah warden asrama. Oh ya, terima kasih banyak-banyaklah pada Tn. Norden Mohamad (nama penanya Eyman Haykal), big bos Alaf 21 yang sudi singgah kat blog ni dan tulis komen. Senang-senang, kunjungilah lagi! Demikian juga dengan anda...

Baiklah, baru-baru ni saya dan student saya yang ambik mata pelajaran Pengeluaran Ternakan harvest ikan keli yang kitorang ternak dalam kanvas. Banyak gak! Tengok gambar tuuu (saya pakai baju ala Raihan coz hari tu hari Jumaat. Tak sempat tukar baju t-shirt)... Lepas budak-budak ni harvest, diorang proses dan jual. Nak tahu cam ner diorang jual, setiap group (3-4 orang) kena jual beberapa kg. pada warga sekolah dengan harga RM4 (lebih rendah dari pasaran). Tak kiralah cam ner gaya diorang nak pikat pelanggan, janji jual.

Hah... berkejaranlah diorang, sebab kena jual sebelum abis time amali (8.10 - 9.55 am). Setiap kg. yang diorang jual, saya akan bagi komisen RM1. Pastu, bolehlah belanje kat kantin. Kebetulan lepas kelas saya ni, terus time rehat. Macam-macam gelagak yang diorang pamerkan. Memang enjoy belajar macam ni! Banyak skill & nilai murni dapat diterapkan yang mungkin tak dapat diterapkan jika belajar dalam kelas. Macam nilah, gaya seorang guru Ternakan. Lepas ni, plan nak ternak ikan puyu pulak. Dengar kata, market price sekarang RM18. Ok gak tu!

Oklah, setakat ni dulu perkhabaran dari saya. Akan datang saya akan share dengan anda tentang projek ternakan rusa kat sekolah saya pulak. Jangan tak tahu, sekolah saya ada lebih 30 ekor rusa yang diternak. Disamping ternakan burung unta. InsyaAllah, ketemu lagi!

Kita Memang Dilahirkan Untuk Berjaya!

Apa yang orang perkatakan, dari dulu sampai sekarang ??? Dari dulu sampai sekarang, orang asyik bercakap tentang kejayaan dan kecemerlangan. Apa yang berjaya? Apa yang cemerlang? Apa lagi kalau bukan tentang budak-budak belajar !!! Belajar apa? Alaaah... budak-budak sekolah yang ambil periksa UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM tuuu. Begitu juga dengan budak-budak matrikulasi, universiti dan IPT yang sama waktu dengannya. Semuanya nak berjaya dengan cemerlang. Tak de nye yang nak gagal. Kalau budak sekolah, nak dapat semua A.

Kalau budak IPT pulak, nak dapat CGPA 4.000. Bukankah Allah lahirkan kita sebagai orang yang berjaya? Kita kan umat yang terbaik. Khalifah muka bumi ini.Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, saya juga pernah merasai nikmat berjaya dan cemerlang dalam pelajaran khususnya sewaktu belajar di IPT dulu. Dapaaatlah juga Anugerah Kepujian Dekan. Orang putih kata “dean list”. Itulah hadiah yang dapat saya berikan buat ibu bapa dan keluarga saya yang telah bersusah payah dan berkorban untuk menyekolahkan saya. Ibu bapa dan keluarga bukan mengharapkan wang ringgit dan harta benda semata-mata sebagai balasan.

Cukuplah gembirakan mereka dengan menghadiahkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mungkin tatkala itu, ibu bapa anda akan menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaan anda itu.Bak kata budak-budak muda zaman sekarang, “tak guna cakap banyak, buang current je. Straight to the point lagi bagus”. Dok gitu? Kata orang negeri jiran saya. Baiklah, kalau anda yang membaca brosur ni nak berjaya, nak cemerlang, InsyaAllah dengan izin Allah saya boleh bantu anda.

Tapi, dengan syarat anda MAHU atau NAK BERJAYA! Kalau benda ni tak de dalam diri atau minda anda, batalkan saja hasrat anda tuuu. He..he..he.. Bukan marah, tapi nasihat (kata cerita P.Ramlee).Nak tahu kenapa saya kata begitu? Apabila anda kata “SAYA MAHU BERJAYA”, maka segala apa yang anda fikirkan dan tindakan yang dilakukan menjurus kepada KEJAYAAN tersebut. Betul tak? Contohnya, anda mahukan kereta BMW 5 Series, maka fikiran dan tindakan anda akan fokuskan kepada langkah-langkah untuk dapatkan kereta tersebut. Begitu juga dengan pelajaran anda. Anda MAHU 8A dalam PMR, maka anda akan berusaha sehingga 8A menjadi kenyataan. Berbeza pula, apabila anda kata, “1A pun sudah cukup”. Maka usaha anda sambil lewa sahaja.

Oklah saya rasa cukuplah tu... Ikuti sambungannya dalam SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI. Eh.. Eh.., apa citer pulak tiba-tiba keluar SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI pulak? Hah... Ni nak habaq mai (dialek utara), kan tadi check (saya) kato nak tolong hang (awak)!? Jadi, check dah kumpulkan semuo teknik, rahsia, resipi dan petua yang telah diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang (Malaysian Top Student) dalam satu buku. Hang tuk sah nak gaduh-gaduh cari lagi.

Dapatkan buku ni, baca, faham dan amalkannya je. Tak faham, tanya check. Tapi, check raso mudah faham sebab check dah tulis dalam bahasa yang mudah difahami. Mana taknya, dalam Bahasa Malaysia bukannya bahasa orang putih. SYOKNYA BELAJAR! & CEMERLANG BELAJAR BERSAMA ABANG RAZALI ni lah tajuk buku check.Berapa harganya? Jangan bimbang, walaupun harga minyak naik, anda masih mampu dapatkan buku yang setebal 256 muka surat seberat 250 gram dengan hanya RM10 (termasuk kos pos). Mahal? Aik.. top up telefon boleh beli, tak kan buku yang dapat membantu anda berjaya tak leh beli kuuut? Luu... fikirlah sendiri !!! (kata Nabil Raja Lawak).